Program Motivasi Aktif Maxis E-Kelas 2018
1 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 30 Jun 2018 yang lalu, jam 10 pagi – 12 tengahari, Pusat Internet Bukit Besar telah menganjurkan satu program iaitu “Program Motivasi Aktif Maxis E-Kelas 2018”. Program ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman dari bekas pelajar-pelajar e-Kelas sesi 2016-2017 yang telahpun berjaya dengan cemerlang didalam program e-Kelas. Program ini melibatkan pelajar-pelajar e-Kelas dari tingkatan 1, 2 dan 3 sesi e-Kelas 2018. Seramai 4 orang bekas pelajar e-Kelas sesi 2016-2017 yang cemerlang dipanggil untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar e-kelas yang baru. Selain motivasi, turut ditayangkan video perjalanan program e-Kelas sesi 2016-2017, nyanyian penaik semangat pelajar-pelajar e-Kelas sesi 2018 serta latihan dalam kumpulan.
Dengan adanya program seperti ini, pelajar-pelajar baru akan lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam tuisyen e-Kelas ini dan dapat menyertai program dan pertandingan yang akan dianjurkan selepas ini. Bagi bekas pelajar pula, apabila mereka dipanggil untuk memberi motivasi seperti ini, secara tidak langsung dapat memberi keyakinan kepada mereka untuk berucap di khalayak serta dapat memahirkan lagi “Public speaking” mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: